
PETALING JAYA: Polis menolak notis pemakluman himpunan “Selamatkan Malaysia” kerana maklumat dikemukakan penganjur tidak lengkap dan tidak menepati syarat mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Shuhaily Mohd Zain, berkata antara butiran penting tidak dilengkapkan adalah seperti nama penganjur perhimpunan serta lokasi tempat berhimpun.
“Mereka perlu menyatakan di mana lokasi akan berhimpun serta nama pihak penganjur dan sehingga hari ini tiada sebarang notis diterima, risikan mendapati lokasi himpunan mereka berubah dari masa ke masa.
“Bagaimanakah perkara penting seperti ini tidak diambil peduli oleh pihak penganjuran yang terdiri daripada individu berpengalaman dalam mengadakan demonstrasi sebelum ini,” katanya dalam sidang…
