
JOHOR BAHRU: Seorang anggota polis trafik cedera parah akibat dirempuh pemandu mabuk ketika sedang mengawal lalu lintas di KM3.6 Jalan Pantai menghala ke Permas Jaya di sini pagi tadi.
Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Raub Selamat berkata dalam kejadian 7.05 pagi itu, anggota lelaki berusia 30-an itu mengalami patah tulang pinggul sebelah kiri dan luka pada bahagian muka, dagu serta tangan sebelah kanan.
Beliau berkata kemalangan tersebut dipercayai berlaku ketika mangsa yang bertugas di IPD Johor Bahru Selatan sedang membuat kawalan lalu lintas susulan kemalangan melibatkan sebuah kereta yang terbabas di lorong kanan tempat kejadian.
“Bagaimanapun, ketika proses penundaan dilakukan sebuah kereta jenis Proton Wira dari arah belakang mengubah haluan dari lorong kanan ke lorong kiri sebelum melanggar…