Hot FM

Polis tubuh pasukan khas siasat kes samun Akhyar Rashid


Gambar tular di media sosial menunjukkan Akhyar Rashid terduduk di depan sebuah kenderaan dalam keadaan lemah selepas disamun. (Gambar Facebook)

KUALA TERENGGANU: Polis menubuhkan sebuah pasukan khas bagi menyiasat kes samun pemain bola sepak Terengganu FC (TFC) Akhyar Rashid.

Ketua Polis Kuala Terengganu Azli Mohd Noor berkata polis akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengesan suspek kejadian itu yang dipercayai lebih daripada dua orang.

“Polis juga membuat pemeriksaan ke atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan terbabit, dua saksi juga dipanggil membantu siasatan,” katanya selepas majlis serah tugas ketua polis Terengganu di IPK Terengganu.

Bagaimanapun, Azli berkata setakat ini belum ada maklumat yang dapat membantu mengesan suspek.

Beliau turut meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi dan menyebarkan kes itu di media sosial bagi mengelak mengganggu siasatan.

Dalam kejadian pada Khamis lalu, Akhyar dilaporkan cedera di kepala dan kaki selepas…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version