Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis tumpas 5 kumpulan sindiket seludup migran

today10 September 2023

Background


Ketua Polis Kedah Fisol Salleh berkata, 47 migran warga Myanmar berusia antara 15 hingga 50 tahun turut ditahan pada Op Pintas pada 15 Ogos hingga 7 Sept. (Gambar Bernama)

ALOR SETAR: Polis menumpaskan lima kumpulan sindiket penyeludupan migran yang aktif di negeri ini dengan penahanan 12 ejen sindiket warga tempatan dan Myanmar menerusi Op Pintas.

Ketua Polis Kedah Fisol Salleh berkata operasi pada 15 Ogos hingga 7 Sept lepas itu turut menahan 47 migran warga Myanmar berusia antara 15 hingga 50 tahun.

Mereka diseludup masuk melalui jalan laut dan darat di sekitar Langkawi dan Kubang Pasu, tambahnya.

“Kesemua kumpulan sindiket ini tidak berkaitan, bagaimanapun modus operandi mereka sama iaitu dengan menyeludup migran masuk ke negara ini melalui jalan laut dan darat serta mempunyai hubungan dan kerjasama dengan ejen sindiket di Yangon, Myanmar.

“Kesemua migran ini telah dijanjikan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor ekonomi di negara ini dan mereka perlu membuat pembayaran…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post