Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis tumpas sindiket dadah selidung sebalik syarikat keselamatan

today10 June 2024

Background


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman Khaw Kok Chin menunjukkan antara bahan dan dadah yang dirampas daripada sindiket berkenaan. (Gambar Bernama)

KAJANG: Polis menumpaskan satu sindiket pemprosesan dan pengedaran dadah yang dipercayai berselindung di sebalik syarikat pengawal keselamatan, selepas merampas dadah bernilai kira-kira RM7.5 juta dalam sembilan serbuan di sekitar Cheras dan Kajang, Selangor, Rabu lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman Khaw Kok Chin berkata 17 individu ditahan dalam serbuan itu, yang terdiri daripada enam lelaki dan seorang wanita warga asing, serta sembilan lelaki dan seorang wanita warga tempatan.

Beliau berkata semua yang ditahan dalam serbuan 1.10 petang hingga 9.30 malam di beberapa rumah teres dan apartmen sekitar Cheras dan Kajang itu berumur 18 hingga 50 tahun.

Sindiket yang beroperasi sejak awal tahun itu diketuai oleh lelaki warga tempatan berusia 39 tahun yang menggunakan perkhidmatan kurier untuk…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA