Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Politik jijik musuh punca Melayu tak sokong kerajaan, kata Anwar

today5 December 2023

Background


Anwar Ibrahim ketika ditemubual sempena setahun pentadbirannya bersama TV3 malam ini.

PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengakui kerajaan perpaduan pimpinannya tidak menikmati sokongan orang Melayu berikutan diasak tuduhan kononnya pentadbirannya tidak “cukup Melayu dan Islam”.

Tegasnya, keadaan itu disebabkan kesan politik jijik dimainkan pihak lawan seolah-olah kerajaan tidak menitikberatkan soal Melayu dan Islam.

“Ada kebenarannya (kenyataan Melayu tidak sokong kerajaan) kerana diasak dengan pandangan kerajaan hari ini seolah-olah tak Melayu dan menentang Islam.

“Ini seakan politik yang merupakan suatu fitnah yang menjijikkan. Politik ini harus bahas berdasarkan fakta dan angka,” katanya dalam wawancara sempena setahun pentadbirannya bersama TV3 malam ini.

Anwar yang juga menteri kewangan mengakui naratif negatif terhadap kerajaan perpaduan oleh masyarakat Melayu juga begitu tebal dan sukar dikikis…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Mohd Farhan Darwis


Previous post