Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Politik perlu berubah ikut kesesuaian masa, kata Salleh

today17 November 2021

Background



Terdapat tiga langkah asas perubahan kepada politik moden yang wajar diberi penekanan, menurut Salleh Said Keruak.

PETALING JAYA: Politik perlu berubah mengikut kesesuaian masa dan pengundi memerlukan perubahan kepada jenis politik yang sesuai untuk rakyat ketika ini, menurut Salleh Said Keruak.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata, beliau melihat terdapat tiga langkah asas perubahan kepada politik moden yang wajar diberi penekanan iaitu didik, bimbing dan pimpin.

“Didik bermaksud kita mendidik tentang peribadi diri, nilai dan motivasi kita kepada para pengundi. Dalam hal ini, komunikasi dan ketelusan kita mempengaruhi tanggapan orang awam.

“Bimbing bermaksud kita bimbing pengundi mengenai pelan kita sama ada jangka pendek atau panjang. Pokoknya, beri hujahan dan keyakinan mengapa pengundi harus memilih kita,” kata bekas menteri persekutuan itu di Facebook.

Salleh berkata, pimpin pula bermaksud usaha memimpin komuniti pada setiap masa di mana…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post