
PETALING JAYA: Kestabilan politik menjadi faktor utama pelabur asing termasuk Amerika Syarikat melabur di Malaysia, bukan kecaman atau kelantangan pemimpin negara ini terhadap serangan ke atas Palestin oleh Israel, kata penganalisis ekonomi.
Justeru itu, mereka menyifatkan kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim semalam bahawa ekonomi dan pelaburan ke Malaysia tidak terjejas di sebalik pendirian tegas mengutuk serangan regim Zionis sebagai perkara biasa sejak zaman pentadbiran Dr Mahathir Mohamad.
Barjoyai Bardai daripada Universiti Tun Abdul Razak berkata Malaysia sejak dahulu terutama ketika pentadbiran Mahathir memang lantang mengutuk Israel.
“Tidak ada kesan secara nyata tentang ucapan-ucapan perdana menteri terhadap pelaburan. Walaupun mereka tahu kebanyakan negara Islam mengutuk Israel tetapi mereka masih melabur di Malaysia,” katanya kepada FMT.
Ahmed Razman…