Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Popular Dengan Pick Up Line, Ratu Farah Lali Kena Ejek… – “Teringin Berlakon Bawah Arahan Syamsul Yusof”

today9 July 2022

Background

Popular di aplikasi TikTok, keletah gadis bernama Ratu Farah membuatkan warganet tidak kering gusi.

Selalu menampilkan aksi pick-up line bersama selebriti, video Ratu sering mendapat perhatian ramai hingga dapat menarik lebih 317,000 pengikut di laman TikTok.

Namun begitu, ramai juga yang mengecam Ratu serta ada juga warganet mengejek cara gadis ini yang pelat sewaktu bercakap.

“Saya tak sedih kena kecam sebab saya dah lali. Bila ada orang ejek cara saya bercakap, saya serahkan kepada Yang Atas Sana (Allah), saya perlu diam sahaja,” katanya.

Memasang impian menjadi pelakon, Ratu teringin beraksi bawah arahan sutradara tersohor, Syamsul Yusof.

“Setakat ini, masih belum ada tawaran lakonan. Saya daripada kecil memang nak jadi artis. Saya nak jadi penyanyi dan pelakon.

“Tetapi, saya paling teringin nak jadi pelakon filem, kalau boleh bawah arahan Syamsul Yusof jika diberi peluang,” katanya lagi.

Written by: Aqilah


Previous post

Podcast

Ini Aku, Shuk Sahar

Sebuah podcast mendedahkan kebenaran Shuk Sahar berhubung salah lakunya yang ‘viral’ di Malaysia, walaupun terkenal sebagai selebriti dan pelawak berbakat, kini beliau dikenali sebagai Ikon Curang Malaysia.

today9 July 2022