Kecoh di media sosial apabila seorang pengguna Facebook berkongsi rakaman CCTV berdurasi 21 saat menunjukan seorang lelaki yang dipercayai petugas Pos Malaysia telah mencederakan haiwan peliharaan rumahnya.
Menurut pemilik anjing tersebut, pihaknya telah membuat laporan polis berhubung perkara itu dan sudah membawa anjingnya ke klinik untuk sesi pemeriksaan serta rawatan.
Tambah pengguna itu, anjingnya dipercayai dilastik dengan menggunakan getah dan mengakibatkan mata anjingnya terjejas….