Site icon Hot FM

Potong gaji ikut tatacara dan Akta Kerja, Sim beritahu majikan


Steven Sim menggesa pekerja terkesan membuat aduan rasmi menerusi pelbagai saluran yang disediakan untuk tindakan lanjut oleh Kementerian Sumber Manusia dan JTK. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Majikan tidak boleh sewenang-wenangnya memotong gaji pekerja, sebaliknya hendaklah mengikut tatacara yang betul, seperti yang termaktub dalam Akta Kerja, kata Steven Sim.

Menteri sumber manusia itu juga berkata, masalah disiplin bukan suatu alasan untuk memotong gaji pekerja

“Saya sudah tegaskan bahawa majikan tidak boleh sewenang-wenangnya memotong gaji seorang pekerja mengikut Seksyen 24 Akta Kerja kecuali potongan yang dibenarkan seperti KWSP (Kumpulan Simpanan Wang Pekerja), Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial) dan cukai pendapatan.

“Selain itu, majikan yang syarikat kecil atau besar tidak boleh potong gaji jika ada masalah disiplin. Tindakan (disiplin) mesti melalui proses inkuiri dalaman sesebuah syarikat,” katanya pada Program Kesuma Madani Tahun Baharu Cina peringkat…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version