
KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Perak pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir ditutup tengah hari tadi, manakala jumlah mangsa di Johor dan Kelantan masing-masing terus berkurangan malam tadi.
Banjir yang melanda Kampung Chinggong di daerah Muallim, Perak pulih sepenuhnya selepas baki 307 mangsa daripada 59 keluarga yang berlindung di PPS Dewan Kampung Asli Chinggung, dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Sekretariat Jawatankuasa Bencana Negeri Perak memaklumkan PPS berkenaan yang beroperasi sejak 31 Dis ditutup sepenuhnya tengah hari tadi.
Sementara itu, jumlah mangsa di Johor berkurangan kepada 27 orang setakat 8 malam tadi, berbanding 69 orang pagi tadi susulan penutupan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gembut pada 11 pagi tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Azmi Rohani dalam kenyataan memaklumkan hanya sebuah PPS yang…