
KUALA LUMPUR: Tiada lagi mangsa banjir ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Selangor.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Angkatan Pertahanan Awam Selangor memaklumkan empat PPS terakhir di negeri itu ditutup.
PPS berkenaan Dewan Orang Ramai Jenderam Hilir, Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil, dan Dewan Orang Ramai Dengkil di Sepang, serta Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Changgang di Kuala Langat.
Di Perak, jumlah mangsa banjir berkurangan iaitu 349 penduduk daripada 103 keluarga berbanding 423 penduduk daripada 127 keluarga pagi tadi, yang masih ditempatkan di lima PPS di Hilir Perak dan Kerian.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak memaklumkan di Hilir Perak, 169 orang daripada 50 keluarga masih berada di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak manakala PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan pula menempatkan seramai 66 orang daripada 22…