
PETALING JAYA: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) komited melakukan segala yang perlu bagi memastikan pengangkutan awam menjadi pilihan utama di Lembah Klang, sekali gus meningkatkan bilangan penggunanya, kata CEO Mohd Azharuddin Mat Sah.
“Kami diamanahkan untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam terbaik. Inilah sebabnya kami perlu menyediakan perkhidmatan boleh diharap, menerusi usaha penambahbaikan setiap hari. Perkhidmatan kami perlu menepati masa, tanpa mengalami kerosakan,” katanya kepada FMT Business.
Menjadikan pengangkutan awam pilihan utama
Kajian terbaru Prasarana menunjukkan penggunaan pengangkutan awam kini sekitar 16%, membuktikan masih banyak perlu dilakukan bagi memenuhi sasaran 40% pengguna menjelang 2030.
“Kami ingin menggalakkan lebih ramai orang menggunakan pengangkutan…