Pemain bola sepak Indonesia, Pratama Arhan sah bercerai talak satu dengan isterinya, Azizah Salsha pada Isnin.
Artikel Berkaitan: Pratama Arhan Masih Simpan Gambar Bekas Isteri, Netizen Banjiri Komen Mohon ‘Take Down’ – ‘Dia Dah Curang’
Arhan sibuk training

Memetik laporan CNN Indonesia, prosiding perceraian dijalankan melalui ikrar yang dibacakan oleh peguam Arhan, Singgih Tomi Gumilang kerana Arhan tidak dapat hadir ke mahkamah.
Menurut Peguam kepada Arhan iaitu Adinda Dwi Inggardiah, Arhan sedang membuat persiapan menghadapi perlawanan Asia Elite Cup 2 di Bangkok, Thailand.
Klien kami (Arhan) tidak dapat hadir kerana sedang membuat persiapan untuk perlawanan Asia Elite Cup 2 di Bangkok, Thailand.
Jadi, pengurusan kelab bolanya memang tidak mengizinkan Arhan untuk hadir.
Sebelum ini, Arhan dilaporkan telah memfailkan perceraian terhadap Azizah secara senyap-senyap tanpa sebarang kenyataan terbuka daripada kedua-dua pihak.
Untuk rekod, Arhan dan Azizah mendirikan rumah…