Hot FM

Prebet maut di kem Sri Miri, 2 tentera didakwa bunuh


gavel
Tertuduh Muhammad Afiq Syarim dan Mohamad Faies Khuzaimah didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. (Gambar fail)

PETALING JAYA: Dua anggota tentera didakwa di Mahkamah Majistret Miri kerana menyebabkan kematian rakan sepasukan, pada 24 Mac lalu.

Tertuduh, Muhammad Afiq Syarim, 23, dari Bedong, Kedah dan Mohamad Faies Khuzaimah, 21, dari Tumpat, Kelantan, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama kerana membunuh Muhammad Muqriz Aseri, 21.

Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka didakwa dengan niat bersama menyebabkan kematian Muqriz antara 2.15 pagi hingga 3.05 pagi, 24 Mac lalu.

Mereka melakukan kesalahan itu di sebuah bilik di Blok Kediaman Bujang LLP, Kompeni Alpa, Batalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20 RAMD) Kem Sri Miri.

Kedua-dua tertuduh yang memakai pakaian sukan hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Ashok Linggam, lapor Berita Harian.

Tiada pengakuan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version