Hot FM

Premis jual minuman alkohol perlu bertanggungjawab terhadap pemandu mabuk, kata Pemuda PKR


breathalyser alat pengesan alkohol
Pemandu mabuk perlu dilihat sebagai ancaman sistemik kepada keselamatan awam, bukannya sekadar kesalahan individu, kata Shafiq Iqram Abdullah dari Pemuda PKR. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Pemuda PKR menyeru premis perniagaan yang menjual atau menghidangkan minuman beralkohol kepada pemandu mabuk dipertanggungjawabkan secara undang-undang kerana menyumbang kepada risiko terhadap pengguna jalan raya.

Ketua Biro NGO dan Sukarelawan Pemuda PKR Shafiq Iqram Abdullah berkata pemandu mabuk perlu dilihat sebagai ancaman sistemik kepada keselamatan awam, bukan sekadar kesalahan individu semata-mata.

Beliau mencadangkan kerajaan tempatan memperkenalkan konsep “dram shop liability”, di mana pengusaha premis boleh dikenakan tindakan sekiranya “terlalu banyak menghidangkan alkohol” kepada pelanggan, sebagai klausa baharu dalam lesen perniagaan premis jual alkohol.

Shafiq turut mencadangkan pengeluar minuman beralkohol diwajibkan menyumbang kepada tabung keselamatan jalan raya yang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version