Hot FM

Presiden baharu FAM mahu segera pulih keyakinan pemegang taruh, penyokong


Ab Ghani Hassan diumum presiden FAM yang baharu selepas peroleh undi majoriti pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi baki penggal 2025-2029. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Presiden baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mahu memberi tumpuan segera untuk memulihkan keyakinan pemegang taruh dan penyokong, selain memperkukuh tadbir urus badan induk bola sepak negara itu.

Ab Ghani Hassan berkata barisan kepimpinan baharu yang dipilih perlu terlebih dahulu meneliti serta menyelesaikan segala perkara dibangkitkan dalam audit Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sebelum ini.

Beliau yang juga presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL) berkata langkah dan perancangan lebih terperinci akan dibentangkan selepas mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM, yang dijadual berlangsung secepat mungkin.

“Dari situ kita akan bergerak untuk pastikan bahawa bola sepak Malaysia ini dalam masa dua tahun setengah, sebaik mungkin kita akan melakukan sesuatu untuk mencari satu perubahan atau…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version