
PETALING JAYA: Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK), Voon Lee Shan dipercayai ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini.
Menerusi dua video yang dikongsi di Facebook kira-kira 8 pagi tadi, calon PBK bagi kerusi Batu Lintang itu mendakwa beliau diberhentikan ketika memandu keretanya bersendirian.
Beliau dilihat diiringi individu yang dipercayai pegawai penguat kuasa, dengan seorang daripadanya menyerahkan notis kepadanya dan meminta beliau ke pejabat SPRM untuk disoal siasat.
Dalam satu lagi video, Voon berkata: “Saya ditahan SPRM. Saya bersendirian. Mereka ambil kunci kereta saya.”
Borneo Post memetik Voon sebagai berkata, beliau diberhentikan di kawasan sekitar Taman Kenyalang.
BERITA LANJUT MENYUSUL
…