Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Presiden PBS Maximus sukar komunikasi kerana gangguan kesihatan

today25 September 2023

Background


Maximus Ongkili memohon maaf kepada perwakilan dan ahli PBS kerana tidak dapat berkomunikasi dengan mereka. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Maximus Ongkili mendiamkan diri sejak beberapa bulan ini disebabkan kesukarannya berkomunikasi akibat gangguan kesihatan dialaminya.

Susulan itu, Timbalannya Joachim Gunsalam mewakili Maximus menyampaikan ucapan dasar presiden pada Persidangan Perwakilan Tahunan PBS ke-38 di Penampang kelmarin, yang turut dihadiri Maximus bersama Penasihat Perdana PBS merangkap bekas presiden, Joseph Pairin Kitingan.

“Tahap kesihatannya semakin baik dan dibuktikan dengan kehadirannya hari ini (semalam). Namun, beliau dengan rendah diri memohon jutaan kemaafan kerana masih tidak dapat berkomunikasi dengan baik dan meminta saya membacakan ucapan dasarnya,” katanya menurut Harian Metro.

Maximus tidak kelihatan dalam kempen PRU15 November lalu yang menyaksikan beliau gagal mempertahankan kerusi Parlimen Kota Marudu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters