

Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam, tiba di Malaysia malam tadi bagi memulakan lawatan negara selama tiga hari, bermula 13 hingga 15 Julai, atas undangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Pesawat membawa Tharman bersama isteri, Jane Ittogi Shanmugaratnam, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada 9.19 malam.
Beliau diberikan istiadat kawalan kehormatan statik di Kompleks Bunga Raya, daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja.
Turut menyambut ketibaan presiden Singapura ialah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim, selaku menteri pengiring, dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon.
Ini lawatan negara pertama Tharman ke Malaysia sejak memegang jawatan presiden Singapura kesembilan pada 14 Sept 2023.
Lawatan ini menzahirkan…