
SEPANG: Presiden China Xi Jinping tiba di Malaysia hari ini untuk mengadakan lawatan negara selama tiga hari atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
Lawatan kali ini menandakan kunjungan rasmi kedua Xi ke Malaysia dalam tempoh 12 tahun, selepas kunjungan terakhir pada 2013.
Pesawat khas yang membawa Xi mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 6.30 petang.
Turut hadir menyambut ketibaan dan delegasinya, Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Menteri Luar Mohamad Hasan, Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook dan Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing.
Sejurus tiba, Xi memeriksa kawalan kehormatan terdiri 28 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) yang diketuai oleh Leftenan Mohamad Nafis Norshid.
Persembahan kebudayaan yang menampilkan gabungan irama gendang…