Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Kedah Darul Aman terus menampilkan prestasi kurang memberangsangkan apabila mereka hanya sekadar mencatat keputusan seri ketika bertemu Petaling Jaya City dalam saingan Liga Super di Stadium MBPJ semalam.
Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kedah, Khamal Idris Ali menafikan prestasi buruk pasukan berpunca daripada masalah gaji yang dialami.
CEO Kedah Darul Aman FC, Khamal Idris Ali nafi khabar angin yang mengatakan prestasi kurang memuaskan Sang Kenari ketika ini adalah disebabkan oleh masalah gaji.@ASTROARENA
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) May 10, 2022
Kedah berada di hadapan dengan keputusan 3-1 hasil jaringan hatrik penyerang import, Ronald Ngah Wanja dan mereka dijangka bakal menamatkan dua kekalahan berturut-turut yang dialami ketika berdepan Sabah dan Melaka United sebelum ini.
Namun, pada 20 minit terakhir, PJ…