Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Prestasi ekonomi 2025 bukti dasar kerajaan berkesan, kata Anwar

today31 March 2026

Background


kl skyline
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata dalam situasi konflik di Asia Barat, Malaysia tetap menghadapi cabaran global ini dengan kesiapsiagaan yang mapan. (Gambar Envato Elements)
KUALA LUMPUR:

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata perkembangan ekonomi Malaysia yang positif merupakan cerminan kepada petanda bahawa dasar yang dilaksanakan kerajaan berada di landasan yang tepat.

Beliau yang juga menteri kewangan berkata ini dapat dilihat menerusi Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2025 yang diterbitkan hari ini yang memperlihatkan asas ekonomi negara yang kukuh dan berdaya tahan serta tatakelola yang baik.

“Ekonomi negara berjaya mencatat pertumbuhan sebanyak 5.2% pada 2025 didokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan.

“Kadar inflasi pada 1.4% adalah yang terendah dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini,” katanya menerusi laman X.

Pada masa yang sama, Anwar berkata pertumbuhan ekonomi bagi 2026 pula diunjurkan berkembang antara 4.0% hingga 5.0%, manakala inflasi…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post