Perkongsian pempengaruh dan usahawan, Prince Syed yang menyambut ulang tahun kelahirannya ke-33 tahun pada Isnin telah menyorot perhatian netizen.
Artikel Berkaitan: Prince Syed Tak Melatah Disindir Bawa Isteri Bercuti Di Cameron Highlands, Dedah Pernah Berhabis Lebih RM20K
Sambutan mewah & meriah

Menerusi Facebook, Prince Syed atau nama lengkapnya Syed Muhammad Shah Hasif Syed Othman memuat naik video dirinya dan isteri yang mengenakan busan bertemakan ‘Bollywood’ sewaktu majlis sambutan tersebut.
Apa yang mencuri perhatian tentunya kek mewah yang ditempah khas Prince Syed bagi meraikan ulang tahun kelahirannya.
Ujar Prince Syed, kek yang dipenuhi dengan bunga emas dan juraian rantai berhuruf ‘S’ itu diperbuat daripada emas 916 dan mencecah RM200,000.
Kek Emas 916 bernilai RM200,000 dipenuhi dengan bunga-bunga emas dibahagian atas kek dan jurai rantai berhuruf ‘S’ sempena nama saya iaitu Syed.
Alhamdulillah, syukur genap lah usiaku…