
PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calon seminggu sebelum tarikh penamaan calon menjelang PRK Ayer Kuning, April ini.
Pengerusi BN Zahid Hamidi, berkata calon berkenaan daripada enam senarai nama dikemukakan bahagian dan perhubungan negeri melibatkan ahli Umno Tapah.
“Saya mengharapkan calon ini memenuhi kriteria penduduk-penduduk dan pengundi di Ayer Kuning dan Tapah amnya supaya kita dapat mengulangi, insya-Allah, kejayaan di beberapa PRK sebelum ini,” katanya menurut Bernama pada sidang media selepas program Ihya’ Ramadan Al-Mubarak 2026, di Bagan Datuk.
Ditanya berhubung koordinasi antara BN dan Pakatan Harapan (PH) untuk PRK, Zahid berkata kepimpinan BN-PH termasuk parti komponen mempunyai persefahaman.
“M Saravanan (timbalan presiden MIC) dan pemimpin MCA negeri telah menghubungi saya dan saya telah berbincang dengan…