Site icon Hot FM

PRK Ayer Kuning: Muhaimin Malek calon PN


Abdul Muhaimin Malek
Ketua PN Tapah Abdul Muhaimin Malek diumumkan sebagai calon gabungan pembangkang bagi PRK Ayer Kuning 26 April ini. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) akan mempertaruhkan Abdul Muhaimin Malek sebagai calon PRK Ayer Kuning pada 26 April ini.

Pencalonan ketua PN Tapah itu diumumkan oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu majlis di Tapah, Perak, malam ini.

Tuan Ibrahim dalam ucapannya berkata, keputusan memilih Muhaimin yang juga yang dipertua PAS Tapah itu diambil setelah mengambil kira syarat beliau menepati kajian pengundi yang dibuat dari pelbagai kaum dan lapisan.

“PN bersetuju memilih calon (Muhaimin) anak jati tempatan mewakili gabungan dalam PRK kali ini. Beliau pernah menjawat jawatan ketua Pemuda PAS Tapah dan juga lama khidmat dengan masyarakat di Ayer Kuning,” katanya.

Muhaimin, 43, adalah pengetua Maahad Tahfiz Addin dan berpengalaman luas dalam dunia pendidikan, dakwah dan pembangunan insan.

Pernah menuntut ilmu di Syria dan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version