Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

PRK Ayer Kuning: Pengundian tamat, penjumlahan bermula

today26 April 2025

Background


PRK Ayer Kuning
Proses pengundian PRK Ayer Kuning hari ini melibatkan 31,281 pengundi berdaftar.
TAPAH:

Proses pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning berakhir selepas semua 19 pusat pengundian yang dibuka sejak 8 pagi tadi, ditutup secara rasmi.

Sebanyak 18 pusat pengundian ditutup pada 6 petang tadi, kecuali di Sekolah Kebangsaan Toh Tandewa Sakti yang ditutup pada 4 petang.

Sejurus pusat pengundian ditutup, semua peti undi daripada 63 saluran akan dibawa ke pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Merdeka.

Keputusan rasmi dijangka diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seawal 9 malam.

Proses pengundian hari ini melibatkan 31,281 pengundi berdaftar bagi memilih wakil rakyat baharu.

Setakat 4 petang, SPR memaklumkan peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 54%.

Pada Selasa lepas, sebanyak 93.4% daripada 500 anggota polis dan pasangan menunaikan tanggungjawab di dua pusat mengundi semasa proses pengundian awal PRK berkenaan.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan berikutan kematian penyandangnya Ishsam…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post