
Penganalisis menjangkakan kemungkinan besar berlakunya pertembungan antara PAS dan Bersatu jika PRK diadakan di Perlis, selepas kerusi tiga Adun PAS diisytiharkan kosong hari ini ekoran terhentinya keahlian mereka dalam parti.
Tiada PRK perlu diadakan bagi kerusi Chuping, Bintong dan Guar Sanji memandangkan DUN akan terbubar secara automatik dalam tempoh dua tahun.
Bagaimanapun, Speaker DUN Perlis Rus’sele Eizan berkata, beliau akan mengutus surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memohon agar PRK diadakan demi menjamin kestabilan politik.
Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara memberi amaran bahawa keretakan antara PAS dan Bersatu dilihat ‘parah’ dan perkara ini boleh mencetuskan persaingan langsung sekiranya PRK diadakan.
“Jika PRK diadakan, kedua-dua parti itu hampir pasti akan bertembung sesama sendiri,”…