Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

PRK DUN Pelangai 7 Okt

today24 August 2023

Background


Menurut Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh, PRK DUN Pelangai melibatkan kos RM2.1 juta.

PETALING JAYA: Hari pengundian pilihan raya kecil (PRK) bagi kerusi DUN Pelangai, Pahang, telah ditetapkan pada 7 Okt ini.

Sementara itu, tarikh penamaan calon ditetapkan pada 23 Sept, manakala pengundian awal pada 3 Okt, kata Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh.

“PRK (DUN) Pelangai melibatkan kos RM2.1 juta dan sejumlah 16,456 pemilih terlibat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas PRK Pelangai di Putrajaya pada Khamis.

PRK perlu diadakan bagi DUN Pelangai susulan kematian penyandangnya Johari Harun, 53, dalam nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lepas.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post