Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

PRK Jepak: SPR adakan mesyuarat khas Isnin depan

today19 September 2023

Background


Mesyuarat khas SPR pada Isnin depan akan menentukan tarikh-tarikh penting bagi PRK DUN Jepak, seperti hari penamaan calon dan hari pengundian.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas membincangkan pilihan raya kecil (PRK) DUN Jepak, Sarawak, pada Isnin depan.

SPR memaklumkan pihaknya telah menerima notis rasmi mengenai kekosongan luar jangka kerusi itu daripada Speaker DUN Sarawak susulan kematian penyandangnya, Talib Zulpilip pada Jumaat lepas.

“Selaras dengan Artikel 21(5) Perlembagaan Negeri Sarawak, kekosongan luar jangka kerusi DUN Jepak perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi tersebut,” kata SPR dalam kenyataan.

Menurut SPR, mesyuarat khas yang akan dipengerusikan Abdul Ghani Salleh itu akan menentukan tarikh-tarikh penting bagi PRK tersebut, seperti hari penamaan calon dan hari pengundian.

Talib yang menjadi Adun Jepak selama enam penggal meninggal dunia dua hari selepas sambutan ulang tahun kelahirannya yang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Kebijaksanaan Tommy ditagih jumpa wakil Australia

Kuala Terengganu: Pihak pengurusan Terengganu FC (TFC) menuntut ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner agar lebih bijak merencana strategi berdepan kelab Australia, Central Coast Mariners pada aksi pertama Kumpulan G saingan Piala AFC, malam esok.

today19 September 2023