
HULU SELANGOR: Sebanyak 97% atau 769 anggota polis, tentera, dan pasangan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal pada PRK Kuala Kubu Baharu (KKB).
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ikmalrudin Ishak, berkata agensi itu merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada pegawai pengurus pilihan raya dan pasukannya kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik.
“Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pihak polis, tentera, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Penerangan, pengamal media, dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas segala kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada SPR,” menurutnya dalam kenyataan.
Proses pengundian awal berlangsung di dua pusat mengundi iaitu di Rejimen Semboyan Divisyen Ke-4 Infantri, Kem Erskine dan Dewan…