Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

PRK KKB: ‘Kita kempen berhemah’, calon PH nafi langgar peraturan

today7 May 2024

Background


Calon PH pada PRK Kuala Kubu Baharu Pang Sock Tao menegaskan focus kempennya adalah untuk memastikan kemenangan berpihak kepada kerajaan perpaduan.

HULU SELANGOR: Calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao menafikan dakwaan beliau dan jentera parti melanggar peraturan pilihan raya ketika berkempen bagi PRK Kuala Kubu Baharu.

Sebaliknya, Pang, 31, yang dipertaruhkan mewakili kerajaan perpaduan, yakin beliau dan jentera parti mematuhi segala peraturan pilihan raya dan undang-undang yang ditetapkan.

“Kita berkempen secara berhemah, pembangkang boleh bersuara apa sahaja namun fokus kita (adalah) untuk pastikan kemenangan berpihak kepada kerajaan perpaduan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau proses pengundian awal di Dewan Serbaguna Maktab Polis Diraja Malaysia hari ini.

Bekas setiausaha akhbar menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu berkata demikian mengulas dakwaan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan bahawa kerajaan menyalahgunakan aset untuk berkempen pada PRK…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Bayern tagih sentuhan Kane

Berlin: Juara enam kali Liga Juara-Juara Eropah, Bayern Munich menuju ke saingan separuh akhir kedua Khamis ini di Real Madrid dengan bergantung harap kepada penyerang, Harry Kane.

today7 May 2024