
KLUANG: Polis membuka empat kertas siasatan daripada enam laporan polis berhubung dakwaan memfitnah dan kenyataan bersifat jahat sepanjang kempen PRK DUN Mahkota.
Ketua Polis Johor, M Kumar berkata dua kertas siasatan itu dibuka mengikut Seksyen 4 (A) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Katanya, dua lagi kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 504 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Siasatan masih berjalan dan polis komited memastikan setiap laporan disiasat secara menyeluruh dan tindakan sewajarnya diambil bagi menjamin kelancaran proses pilihan raya,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanat kepada pegawai dan anggota polis sempena PRK Mahkota.
Kumar berkata sepanjang PRK Mahkota berlangsung semua…