Hot FM

PRK Nenggiri: Asyraf dakwa BN dahului di kawasan Orang Asli ikut kiraan awal


Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa, kiraan awal di 4 pusat mengundi PRK Nenggiri yang ditutup awal hari ini menunjukkan BN mendahului. (Gambar Facebook Asyraf Wajdi Dusuki)

GUA MUSANG: Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mendahului dengan majoriti 1,003 undi pada PRK Nenggiri hari ini.

Menurut Asyraf di media sosial, ini berdasarkan kiraan di empat pusat mengundi yang ditutup awal pada 2 petang dan 3 petang tadi, iaitu di Tohoi, Sungai Puian, Sungai Jenera dan Kuala Sungai.

Katanya, bagi pusat mengundi Tohoi, BN mendahului dengan majoriti 302 undi; Sungai Puian dengan majoriti 300 undi; Sungai Jenera majoriti 352 undi; manakala Kuala Sungai majoriti 49 undi.

Menurutnya, pada PRN lepas, BN kalah dengan majoriti 34 undi di Kuala Sungai, yang kebanyakan pengundinya terdiri daripada Melayu.

Majoriti pengundi di Tohoi, Sungai Puian dan Sungai Jenera terdiri daripada masyarakat Orang Asli.

Seramai…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version