PETALING JAYA: MIC dan MCA mengesahkan akan turun padang membantu jentera kempen calon Barisan Nasional (BN) pada PRK Nenggiri.
“Sudah tentu. Mana boleh tak turun,” kata Presiden MIC, SA Vigneswaran, kepada FMT.
Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon, mengesahkan penglibatan partinya. “Selagi calon dari BN, MCA akan sokong.”
Menuju hari penamaan calon pada 3 Ogos ini, Ketua Pemuda Umno Kelantan, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, yang diumumkan sebagai calon BN oleh Umno Kelantan dilapor sudah mula bergerak menemui pengundi di DUN Nenggiri, yang terletak dalam Parlimen Gua Musang.
Pengerusi Umno Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakub dilapor berkata pemilihan Azmawi mendapat sokongan kepimpinan Umno setempat.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRK Nenggiri jatuh pada 17 Ogos.
Pada PRN Kelantan yang lalu, calon Bersatu yang…