
PETALING JAYA: Umno Kelantan menetapkan pemimpin parti dalam kerajaan perpaduan yang ingin turun berkempen pada PRK DUN Nenggiri perlu ditapis bagi kebenaran oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahmad Jazlan Yaakub.
Razaleigh, ketua Umno Gua Musang atau lebih dikenali Ku Li dilantik pengarah Umno bagi pilihan raya 17 Ogos itu manakala Ahmad Jazlan bertindak pengarah operasi.
Ketua Penerangan Umno Kelantan Zawawi Othman berkata proses tapisan itu turut terpakai kepada semua pimpinan tertinggi dari PKR, DAP dan Barisan Nasional (BN) bagi mengelakkan ucapan pada kempen menjejaskan peluang merampas kerusi terbabit.
“Dalam kempen PRK Nenggiri siapa sahaja pemimpin dari parti kerajaan Perpaduan boleh datang bantu menangkan calon BN, cuma kena ada tapisan dari Ku Li dan Ahmad Jazlan.

“Tujuan tapisan itu dibuat mengambil kira pengalaman…