
PETALING JAYA: Bersatu Kelantan yakin calonnya yang disahkan bertanding di bawah logo PAS mampu mencapai kemenangan dengan majoriti selesa pada PRK DUN Nenggiri, bulan depan.
Ketuanya Kamaruddin Md Nor berkata ketika ini PAS dan Bersatu sedang menyusun jentera dalam mempertahankan kerusi dimenanginya Mohd Azizi Abu Naim dengan majoriti 810 undi.
Kerusi itu dikosongkan oleh DUN Kelantan pada 19 Jun lalu susulan keahlian Azizi dalam Bersatu terhenti, menyebabkan PRK diadakan 17 Ogos depan.
Menurut Kamaruddin, tidak timbul isu pertembungan dua rakan komponen dalam Perikatan Nasional (PN) yang sebelum ini mahu meletakkan calon masing-masing, sebelum Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan kerusi ditandingi Bersatu.

“Kerusi Nenggiri dimenangi Bersatu (pada PRN) dan calon Bersatu akan pertahankannya, hal ini…