
PETALING JAYA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berkata calon gabungan itu mampu menang besar di PRK Pelangai jika 90% orang Melayu keluar mengundi pada Sabtu ini.
Beliau berkata peratusan keluar mengundi yang tinggi amat diperlukan untuk PN bagi mencapai matlamat tersebut.
“Peratusan mengundi mesti sampai 99%. Saya jamin kalau 99% keluar kalau tidak pun 90% Melayu keluar, calon kita akan peroleh kemenangan besar pada 7 Okt ini (Sabtu),” katanya ketika berucap dalam satu ceramah Umum PN di Pelangai yang disiarkan di Facebook PN.
PRK DUN Pelangai diadakan susulan kematian penyandangnya, Johari Harun yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina pada 17 Ogos.
Ia menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN, Amizar Abu Adam; calon PN, Kasim Samat, dan calon bebas, Haslihelmy DM…