
PETALING JAYA: Seorang ahli jawatankuasa Pemuda Umno Bentong berkata parti itu perlu bekerja keras di kampung tradisional untuk menang PRK Pelangai susulan wujud rasa tidak puas hati pemilihan Amizar Abu Adam sebagai calonnya.
Muhammad Rafidzi Salleh berkata selain dianggap calon kitar semula, penduduk dari penempatan itu juga mungkin kurang ‘menggemari’ Amizar memandangkan beliau berasal dari kawasan Felda.
Amizar yang berasal dari Felda Chemomoi tewas kepada calon Pakatan Harapan (PH) Thomas Su Keong Siong di DUN Ketari dengan majoriti 120 undi pada PRU15, November lalu.
Rafidzi memahami parti mungkin mahu fokus kepada 7,000 undi dari Felda dengan meletakkan bendahari NGO Kami Anak Felda (KAF) itu, namun penentu kemenangan sebenarnya di perkampungan tradisional.
“Jadi BN kena…
