Site icon Hot FM

PRK Pulai: Calon PH cadang laluan khas untuk pengundi di Singapura


Calon Pakatan Harapan (PH) Suhaizan Kayat berkata beliau terus dekati pengundi yang bekerja atau menetap di Singapura menerusi hebahan di media sosial. (Gambar Bernama)

JOHOR BAHRU: Calon Pakatan Harapan (PH) Suhaizan Kayat mencadangkan agar kerajaan menyediakan satu laluan khas di pintu masuk negara di Johor untuk pengundi yang bekerja atau tinggal di Singapura balik mengundi untuk PRK Parlimen Pulai 9 Sept ini.

Suhaizan berkata cadangan menyediakan laluan khas di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) itu dikemukakan kepada kerajaan persekutuan bagi memudahkan pengundi pulang menunaikan tanggungjawab mereka.

“Itu (cadangan laluan khas) memang ada dalam cadangan kita kepada pihak kerajaan persekutuan dan kita akan buat susulan.

“Dalam masa sama kita akan terus dekati pengundi yang bekerja atau menetap di seberang tambak (Singapura) menerusi hebahan di media sosial,” katanya kepada pemberita ketika…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version