Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

PRK Sungai Bakap: Undi PN untuk ‘selamatkan’ Umno, kata pemimpin PAS

today30 June 2024

Background


Ahmad Fadhli Shaari berkata Umno tidak akan bangkit selagi berada dalam kerajaan perpaduan.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin PAS mengajak ahli Umno menyokong Perikatan Nasional (PN) termasuk pada PRK Sungai Bakap untuk ‘menyelamatkan’ parti itu.

Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari mendakwa ini kerana pemimpin Pakatan Harapan (PH) terutama DAP tidak mahu melihat Umno menjadi parti besar seperti dahulu.

Dakwanya, Umno tidak akan bangkit selagi berada dalam kerajaan perpaduan.

“Tak percaya tanya pimpinan DAP dan PH, apakah mereka nak kembalikan Umno sebagai parti nasional seperti dahulu? Pastinya tidak.

“Kalau anda (ahli Umno) fikir untuk selamatkan Umno undilah PN,” katanya pada ceramah PN PRK Sungai Bakap, malam tadi.

PRK Sungai Bakap Sabtu depan menyaksikan pertembungan satu lawan satu membabitkan calon PH Joohari Ariffin dengan Abidin Ismail dari PN.

Sebelum ini, Presiden Umno Zahid Hamidi berkata parti itu akan berusaha menarik seramai mungkin pengundi…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post