Pengerusi PN Muhyiddin Yassin berkata empat negeri berkenaan ialah Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan juga Kedah.

MUAR: Perikatan Nasional (PN) akan kekal menggunakan logo gabungan berkenaan di empat negeri pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang, sama seperti ketika pilihan raya umum (PRU) yang lepas.
Pengerusinya Muhyiddin Yassin berkata empat negeri berkenaan ialah Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan juga Kedah, selain masih menunggu kata putus daripada Kelantan serta Terengganu.
“Setakat hari ini kita kekalkan…kecuali kalau PAS minta perubahan, sebelum ini mereka (PAS) menerima logo PN di Kedah dan mereka gunakannya sampai sekarang, mereka masih kekalkannya.
“Tapi di Kelantan dan Terengganu kalau mereka gunakan logo PAS pun tidak mengapa. Orang dah kenal dah PN ini, hanya untuk pilihan raya tetapi secara dasarnya hubungan kita dalam…
