Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, tinggal satu, dua kerusi di setiap negeri yang perlu diputuskan kepimpinan tertinggi parti.

PETALING JAYA: Pembahagian kerusi antara parti komponen Perikatan Nasional (PN) bagi PRN kini 85% hingga 90% selesai, kata Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar.
Beliau berkata, tinggal satu, dua kerusi di setiap negeri yang perlu diputuskan kepimpinan tertinggi parti.
“Pengagihan kerusi itu mengambil kira pelbagai faktor, kita punya ‘rule’ tersendiri ada yang mengenai ‘status quo’, ada yang mengenai jentera mana lebih kuat di satu-satu tempat dan ada calon yang berpotensi dan berwibawa.
“Paling penting, bila kita bincang dengan rakan Bersatu dan Gerakan, keutamaan nombor satu bagi kita ialah memaksimumkan kemenangan sama ada atas nama PAS atau PN di negeri bertanding menggunakan…
