Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

PRN bukan tumbangkan Putrajaya tetapi tolak pentadbiran Anwar, kata Muhyiddin

today7 August 2023

Background


Muhyiddin Yassin berkata kemenangan PN di enam negeri beri isyarat rakyat menolak pentadbiran kerajaan persekutuan.

PETALING JAYA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berkata keputusan PRN di enam negeri Sabtu ini tidak akan menumbangkan Putrajaya, sebaliknya isyarat penolakan rakyat terhadap pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Katanya, keputusannya akan menjadi pungutan suara oleh rakyat yang tidak bersetuju terhadap segala perkembangan dalam negara, selepas lebih lapan bulan kerajaan perpaduan diterajui Pakatan Harapan dan Barisan Nasional dibentuk.

“Walaupun ini bukan pilihan raya umum yang bertujuan membentuk kerajaan persekutuan, tetapi 9.7 juta pengundi di enam negeri adalah orang yang sama.

“Jika semua calon PN memenangi kerusi dan berjaya membentuk kerajaan di enam negeri, ia memberi isyarat rakyat menolak kerajaan persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim,” katanya dalam satu program di Kuala Nerus, Terengganu menurut Harian…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post