Site icon Hot FM

PRN: Gerak solo Muda ‘sia-sia’, kata Dr M


Dr Mahathir Mohamad berkata sepatutnya calon yang bertanding dalam PRN mestilah boleh menang untuk membantu membentuk kerajaan.

SEPANG: Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan Muda ingin bertanding pilihan raya di enam negeri secara sendirian ‘sia-sia’ jika tidak membantu membentuk kerajaan.

Beliau berkata sepatutnya calon yang bertanding dalam PRN mestilah boleh menang untuk membantu membentuk kerajaan.

“Jika kamu ingin bertanding secara sendirian pada beberapa kerusi pada PRN, apa kamu boleh buat dengan kerusi itu?” katanya pada sidang media di sebuah hotel.

“Kamu mesti dalam kerajaan. Perhatian kita adalah untuk menang dan menjadi kerajaan.”

Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Isnin berkata Muda akan menyertai PRN tidak lama lagi secara sendirian. Perkembangan ini bererti parti itu akan bertembung Pakatan Harapan dan Barisan Nasional, walaupun Muda menyokong kerajaan perpaduan.

Muda sebelum ini memohon menyertai PH namun gabungan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version