PETALING JAYA: Bersatu membayangkan mempertahankan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dimenangi dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14), pada pilihan raya negeri (PRN) Johor kali ini.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Rosol Wahid, berkata keputusan penuh termasuk meletakkan calon untuk penambahan kerusi akan diputuskan selepas mesyuarat majlis tertinggi dipengerusikan Presiden, Muhyiddin Yassin.
Katanya, pengagihan kerusi untuk PRN Johor juga akan mengambil kira hasil keputusan pada mesyuarat pimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN).
“Tetapi kita jangka mempertahankan 11 kerusi DUN yang dimenangi Bersatu pada PRU lalu,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata demikian ketika mengulas…