

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Zahid Hamidi mengingatkan semua pihak agar menghentikan permainan isu lama yang tidak berkaitan dengan Johor sepanjang tempoh kempen PRN bagi memastikan persaingan politik berlangsung secara matang dan berhemah.
Timbalan perdana menteri berkata fokus kempen seharusnya diberikan kepada kelebihan calon serta tawaran kepada rakyat, memandangkan parti-parti yang bertanding turut bekerjasama di peringkat kerajaan Persekutuan.
“Walaupun ada susuk tubuh tertentu melakukan ‘pembelasahan’ terhadap isu-isu lama kepada Umno dan BN, saya harap isu itu tidak dimainkan kerana kita adalah rakan di peringkat Persekutuan dan saya harap kita depani gelanggang politik di Johor ini dengan hikmah, dengan sebaik-baiknya.
“Masalah-masalah lain, saya tidak…