Hot FM

PRN Johor: Matlamat beri kerusi kepada MUDA untuk bentuk kerajaan, kata Guan Eng



Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bertemu pengundi bersama calon Johor Jaya Liow Cai Tung pada Sabtu. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mempertahankan keputusan parti itu untuk menyerahkan kerusi kepada parti MUDA pada pilihan raya negeri (PRN) Johor akan datang dengan berkata, ini akan membantu menguatkan pembangkang.

Beliau bersetuju bahawa segelintir pihak mungkin mendapati “luar biasa” baginya untuk menumpukan pada pengukuhan parti selain DAP.

“Namun jika anda hanya lihat pada pengukuhan diri sendiri, bagaimana itu akan membantu mempromosikan ‘khemah besar’ anda?” katanya kepada FMT, merujuk kepada konsep yang dianjurkan oleh Presiden PKR Anwar Ibrahim yang bertujuan mengukuhkan blok pembangkang.

DAP dan Amanah awal bulan ini memberi laluan kepada MUDA untuk bertanding di enam kerusi, iaitu Puteri Wangsa, Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap dan Bukit Permai.

Keputusan membenarkan MUDA bertanding di…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version