
PETALING JAYA: MUDA akan mengumumkan calon yang akan dipertaruhkan dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor mulai minggu hadapan.
Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, memaklumkan pengumuman calon bertanding itu akan dibuat secara berperingkat.
“Berkenaan calon, nama mereka yang bertanding masih dibincang dan akan maklum dalam tempoh terdekat. Calon pertama akan diumum minggu depan dan bukan saya,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran MUDA dan barisan kepimpinannya hari ini.
Ditanya sama ada beliau akan bertanding dalam PRN kali ini, Syed Saddiq berkata perkara itu akan dibincangkan bersama dalam barisan kepimpinan MUDA sambil memaklumkan ramai individu yang layak untuk diangkat.
“Saya ingin pastikan bahawa orang perlu melihat ramai pemimpin lain…